Kerajaan fokus golongan layak terima bantuan

Kerajaan fokus golongan layak terima bantuan

AKMAL NASRULLAH MOHD. NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkukuh sistem penyampaian bantuan bagi memastikan hanya golongan yang layak menerima manfaat, selain mengelakkan ketirisan dalam agihan sebagai langkah menghadapi cabaran negara menua menjelang 2040. 

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, agenda negara menua perlu disokong kesinambungan dasar ekonomi dan fiskal serta penyelarasan lima teras utama dibangunkan menerusi Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan (NAB). 

“Ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara. Kita membangunkan dasar bagi menguruskan cabaran negara menua kerana kita sudahpun menjadi negara menua.

“Ia berdasarkan angka kajian dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menjangkakan Malaysia menjadi negara tua adalah seawal 2043.

“Jadi dalam tempoh ini, banyak perkara perlu diselaraskan supaya bila tiba masanya kita dapat terus memastikan kehidupan dan kesejahteraan rakyat dilindungi sebaiknya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai langkah kerajaan memastikan bantuan Persekutuan disampaikan secara lebih berkesan kepada rakyat.

Selain itu Akmal Nasrullah turut berkata, Malaysia sudah mencapai status negara menua sejak 2021.

Berdasarkan data Jabatan Perangkaan memaklumkan, rakyat berusia 65 tahun ke atas kini melebihi tujuh peratus berbanding keseluruhan populasi.

Peratusan itu katanya, diunjur meningkat kepada 10.4 peratus pada 2035, berbanding lapan peratus tahun lalu, susulan penurunan kadar kesuburan keseluruhan (TFR) daripada 1.67 kepada 1.60 dalam tempoh sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN