Kami bukan ‘kaki’ glamor - Awie - Utusan Malaysia

Kami bukan ‘kaki’ glamor – Awie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Rock legenda, Awie menegaskan beliau bersama pertubuhan yang disertainya iaitu Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia sebelum ini menjalankan pelbagai inisiatif untuk membantu orang susah terutamanya golongan artis yang memerlukan.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 57 tahun itu tidak mengwar-warkan perkara tersebut di media sosial.

“Saya dan ahli-ahli Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia juga ada usaha kami sendiri.

“Cuma kami bukannya ‘kaki’ glamor, tak panggil wartawan apatah lagi mengwar-warkan. Adalah usaha kami ini keluar media sosial itu pun tak banyak.

“Saya, sayap-sayap Wings dan majlis yang saya sertai menjalankan usaha kami, tinggal lagi kami tidak hebohkan. Itu sahaja,” katanya.

Awie dalam masa yang sama tidak menolak peranan membantu artis susah ini sepatutnya digalas persatuan atau pertubuhan seni yang menerima dana yang besar daripada kerajaan.

“Tugas itu adalah tangungjawab persatuan. Mereka sepatutnya menggalakkan perkara-perkara begini.

“Mereka menerima dana yang banyak daripada Kerajaan.

“Dana itu harus digunakan untuk menolong artis yang dalam kesusahan, itu yang sepatutnya dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN