Johari Abdul Ghani iringi calon DUN Gemenceh ke pusat penamaan calon

Johari Abdul Ghani iringi calon DUN Gemenceh ke pusat penamaan calon

JOHARI Abdul Ghani mengiringi semua calon Barisan Nasional (BN) ke Dewan Perdana Tampin, Tampin sempena penamaan calon hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengiringi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar, ke Dewan Perdana Tampin sempena Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pagi ini.

Suhaimizan yang juga penyandang kerusi DUN Gemencheh tiba di pusat penamaan calon bersama-sama barisan kepimpinan parti dan penyokong sekitar pukul 8.30 pagi.

Lebih 300 penyokong BN hadir mengiringi calon berkenaan dalam perarakan menuju ke pusat penamaan calon.

Turut mengiringi beliau ialah Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pada PRN lalu, Suhaimizan mempertahankan kerusi DUN Gemencheh selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Tengku Abdullah Tengku Rahman, dalam saingan satu lawan satu dengan memperoleh 8,905 undi dan majoriti 2,434 undi.

Pada PRN kali ini, Suhaimizan dijangka berdepan cabaran daripada Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Datuk Abd. Latif A. Tambi.

Di DUN Repah, BN mempertaruhkan muka baharu, Koh Kim Swee, bagi mencabar penyandang empat penggal daripada PH, S.Veerapan yang mempertahankan kerusi itu sejak 2008.

Sementara itu, di DUN Gemas, penyandang Ridzuan Ahmad dijangka kembali bertanding atas tiket Parti Wawasan Negara (WAWASAN) selepas mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 11 Julai lalu.

Ridzuan memenangi kerusi berkenaan pada PRN lalu atas tiket Bersatu dengan memperoleh 11,653 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN