Jabatan Penjara tidak kompromi salah laku wadar 

Jabatan Penjara tidak kompromi salah laku wadar 

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Penjara Malaysia (Jabatan Penjara) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku susulan pertuduhan ke atas lima wadarnya di Mahkamah Majistret Taiping, Perak, hari ini.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menghormati sepenuhnya proses perundangan yang sedang berjalan.

Menurutnya, jabatan berkenaan akan terus memberi kerjasamakepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara serta institusi kehakiman bagi memastikan proses keadilan dapat dilaksanakan secara telus, adil dan mengikut lunas undang-undang.

“Jabatan Penjara Malaysia sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti, profesionalisme dan akauntabiliti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan korektif negara.

“Jabatan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang menyalahi undang-undang atau menjejaskan kepercayaan awam terhadap institusi ini,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Penjara turut menghormati hak setiap individu untuk mendapat perbicaraan yang adil.

“Ia selaras prinsip kedaulatan undang-undang dan anggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

“Jabatan Penjara turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan prosiding mahkamah yang sedang berjalan,” katanya. 

Tambahnya, jabatan itu akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak berkuasa sehingga kes berkenaan selesai mengikut proses perundangan.

Media melaporkan, lima wardar Penjara Taiping dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tiga tahanan serta banduan pada 2025. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN