Jabatan Laut digesa perkasa kempen tandatangan CBA

Jabatan Laut digesa perkasa kempen tandatangan CBA

IKMAL AZAM THANARAJ ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Laut diminta memperkukuhkan ke­rjasama dengan Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) bagi menggerakkan kempen kesedaran supaya lebih banyak syarikat perkapalan menandatangani Perjanjian Kolektif (CBA).

Setakat ini hanya lima daripada 300 syarikat perkapalan di negara ini menandatangani CBA dengan NUSPM namun jumlah itu terlalu rendah.

Setiausaha Eksekutif NUSPM, Ikmal Azam Thanaraj Abdullah berkata, walaupun perjanjian CBA tidak wajib untuk ditandatangani namun ia tindakan wajar memandangkan Malaysia merupakan anggota Konven­syen Buruh Maritim (MLC).

Katanya, perjanjian CBA antara syarikat dengan NUSPM merupakan perjanjian tidak berat sebelah bahkan dilihat adil kepada oraganisasi dan pekerja laut.

“Perjanjian CBA ini bukan saja memastikan majikan mematuhi piawaian keselamatan dan kebajikan yang ditetapkan di bawah MLC 2006, malah turut membantu menyelesaikan pertikaian antara majikan dan pekerja.

“Dalam bidang ini, Akta Buruh tidak terpakai ke atas majikan atau pekerja laut sebaliknya ia termaktub di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar.

“Jadi ada baiknya sekiranya perjanjian CBA ditandatangani supaya sebarang isu berbangkit antara majikan dan pekerja dapat diselesaikan secara baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan, Ja­batan Laut mahu pun NUSPM sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memaksa atau mewajibkan syarikat perkapalan untuk menandatangani perjanjian CBA.

Bagaimanapun, katanya, se­bagai negara anggota MLC, perjanjian itu wajar dipertimba­ngankan dengan serius.

“Perjanjian CBA ini mematuhi piawaian MLC,” katanya.

Sebelum ini, akhbar ini me­laporkan hanya empat daripada lebih 300 syarikat kapal di negara menandatangani perjanjian CBA bersama NUSPM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN