Hijjaz hadiahkan konsert dua malam, tanda hargai peminat - Utusan Malaysia

Hijjaz hadiahkan konsert dua malam, tanda hargai peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan nasyid legenda, Hijjaz bakal mengubat kerinduan peminatnya menerusi konsert Rindu Sumyyah yang bakal berlangsung 16 dan 17 Oktober ini.

Lebih membanggakan lagi apabila konsert itu bakal menjadi konsert pembukaan Istana Budaya yang ditutup lama bagi tujuan pengubahsuaian.

Anggotanya, Isman Ismail memaklumkan konsert itu bakal diisi dengan  lagu-lagu yang melatari penubuhan konsert tersebut selama 30 tahun.

“Sebanyak 30 lagu, baharu dan lama akan dipersembahkan menerusi konsert yang berlansung dua malam itu. Tidak ketinggalan lagu-lagu daripada album terbaru kami, Akhir Bersamamu akan dinyanyikan,” katanya.

Isman berkata demikian ketika pelancaran album tersebut di restoran AlKhair Kuala Lumpur semalam.

Anggota Hijjaz, Muniff Ahmad meluahkan rasa syukur atas sokongan peminat yang tidak putus-putus ditunjukkan sepanjang tiga dekad kewujudan kumpulan itu dalam industri muzik tanah air.

“Kebelakangan ini kita menyaksikan kejayaan konsert artis nasyid. Hijjaz pula sudah bertapak lebih 30 tahun malah mempunyai kelompok peminat sendiri,” kongsinya.

Lebih istimewa lagi apabila persembahan dua malam nanti bakal diserikan dengan kemunculan legasi anak-anak didik Hijjaz seperti Inteam, Mastika dan Ae-Man.

Wakil Inteam records, Muhammad Hazamin Harun memaklumkan belum memuktamadkan lagu-lagu  yang bakal dipersembahkan malam nanti bagaimanapun menjanjikan malam nostalgia dengan dendangan lagu-lagu malar segar Hijjaz.

“Apa yang pasti lagu baharu, Akhir Bersamamu akan dipersembahkan sebagai simbolik perjalanan Hijjaz selama tiga dekad ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN