DUN Melaka lulus undang-undang ADUN lantikan

DUN Melaka lulus undang-undang ADUN lantikan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DUN Melaka meluluskan usul pindaan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka berhubung pelantikan ADUN dilantik.

Rang undang-undang berkenaan diluluskan selepas memperoleh sokongan 23 ADUN, manakala lima lagi tidak menyokong.

Terdahulu, usul bagi pindaan itu dibentangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan disokong EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin

Terdahulu, media melaporkan DAP akan mengumumkan keluar daripada kerajaan dan meletakkan jawatan daripada semua jawatan yang disandang dalam pentadbiran pimpinan Barisan Nasional (BN).

Tindakan itu menyusul selepas kata dua diberikan pemimpin parti berkenaan pada sidang media khas yang diketuai Ketua DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN