DAP mesti 11 kerusi bantu PH bentuk kerajaan negeri

DAP mesti 11 kerusi bantu PH bentuk kerajaan negeri

ANTHONY Loke Siew Fook (tengah) ketika bertemu orang ramai dan beramah mesra ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Pasar Besar Seremban semalam.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: DAP perlu menyumbangkan kemenangan di kesemua 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) mempunyai jumlah kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri sekurang-kurangnya  dengan majoriti mudah.

Bagaimanapun beliau mengakui parti itu berdepan saingan terutama di kerusi yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu termasuk di kerusi Chennah yang ditandinginya.

“Kami masuk gelanggang sudah tentu hendak menang. Kami bersemangat dan berkeyakinan hendak menyumbangkan 11 kerusi kepada PH.

“Jadi, setiap kerusi itu kami akan berkempen dan berjuang bersungguh-sungguh. Kerusi yang paling mencabar ialah kerusi DUN Chennah  yang saya sendiri mengepalai cabaran itu.

“Sudah tentu PH ingin memastikan bahawa kami boleh menang separuh atau kekurang-kurangnya majoriti mudah di Negeri Sembilan dan majoriti mudah itu sudah tentu DAP perlu menyumbang kerusi-kerusi penyandang kami iaitu 11 kerusi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Anthony Loke berkata, starategi yang direncanakan Barisan Nasional (BN) bersama Perikatan Nasional (PN) juga menjadi cabaran yang perlu hadapi oleh PH di Negeri Sembilan.

“Memang ini bertujuan memastikan tidak ada perpecahan undi dalam kalangan penyokong mereka dan adanya perpindahan undi antara satu sama lain untuk mengalahkan PH.

“Ini cabaran yang perlu dihadapi oleh PH di Negeri Sembilan. Namun begitu, kami tetap akan memberikan saingan yang sengit di setiap kerusi.

“Peluang PH masih ada untuk memenangi majoriti kerusi di Negeri Sembilan. Jadi kami akan terus berkempen secara satu pasukan dalam menghadapi percaturan-percaturan ini,” katanya.

Beliau pada itu turut mempersoalkan strategi MCA yang tidak meletakkan calon bertanding di tiga kerusi DUN iaitu Lobak, Mambau dan Lukut.

Katanya, kesemua kerusi itu merupakan kerusi majoriti masyarakat Cina dan kerusi tradisi buat MCA yang sepatutnya ditandingi oleh parti itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN