Calon diminta hadir awal, penyokong perlu elak provokasi

Calon diminta hadir awal, penyokong perlu elak provokasi

RAMLAN Harun ketika meninjau persiapan di Pusat Penamaan Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat dan Ampangan di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Forest Heights, hari ini. UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diminta hadir lebih awal ke pusat penamaan calon bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kerjasama semua calon amat penting bagi melancarkan proses penamaan calon selain memastikan perjalanan urusan berjalan teratur.

“Pada masa sama, semua penyokong parti yang bertanding supaya mengelakkan sebarang bentuk provokasi sepanjang proses penamaan calon bagi memastikan kelancaran urusan berkenaan.

“Semua parti yang bertanding juga diingatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan serta mengelakkan kesalahan lazim yang sering berlaku sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas meninjau persiapan di Pusat Penamaan Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat dan Ampangan di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Forest Heights di sini hari ini.

Mengulas mengenai penyusunan pusat penamaan calon, Ramlan berkata, SPR menggunakan pendekatan mengikut kawasan Parlimen bagi PRN Negeri Sembilan, berbeza dengan PRN Johor yang menggunakan pusat penamaan calon mengikut kawasan DUN.

“Di Johor, kita ada 56 pusat penamaan calon kerana dibuat mengikut DUN. Bagi Negeri Sembilan, kita buka mengikut Parlimen, jadi terdapat lapan pusat penamaan calon.

“Ia bergantung kepada keadaan dan keperluan lokaliti. Ada negeri yang sesuai dibuat mengikut Parlimen dan ada negeri yang lebih sesuai dibuat mengikut DUN.

“Sebagai contoh, di Sabah kita gunakan kaedah mengikut DUN, di Johor juga mengikut DUN manakala di Negeri Sembilan mengikut Parlimen berdasarkan kesesuaian,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN