BN lancar manifesto PRN Negeri Sembilan

BN lancar manifesto PRN Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini menawarkan sebanyak 88 usaha di bawah sembilan teras utama.

Manifesto berkenaan disusun berasaskan pengalaman pentadbiran BN serta bertujuan menyambung semula pelbagai agenda pembangunan negeri.

Manifesto itu dilancarkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan di Bandar Sri Sendayan, di sini hari ini.

Ia antaranya menggariskan sasaran menarik pelaburan RM30 bilion dalam tempoh lima tahun, mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan termasuk 5,000 pekerjaan berpendapatan tinggi serta melatih 20,000 peserta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

BN juga berjanji mengekalkan Negeri Sembilan sebagai negeri sifar miskin tegar, melaksanakan inisiatif satu DUN satu ambulans, menawarkan 100 Biasiswa Khas kepada pelajar cemerlang setiap tahun.

Selain memberikan lesen penjaja percuma selama lima tahun, membina 25,000 unit rumah dan kediaman serta tidak menaikkan cukai pintu sepanjang tempoh lima tahun.

Manifesto itu turut merangkumi 15 inisiatif Skim Salam Sejahtera serta cadangan penubuhan Unit Penyelarasan Pemantauan Pelaksanaan Manifesto bagi memastikan setiap janji dipantau dan pelaksanaannya diukur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN