Bersatu yakin cipta kejutan, mampu bentuk kerajaan

Bersatu yakin cipta kejutan, mampu bentuk kerajaan

HANIFAH ABU BAKER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin akan dapat memenangi sejumlah kerusi selepas pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu ini.

Ketua Badan Pimpinan Negeri, Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Ha­nifah Abu Baker berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan pengundi di lapangan selain maklum balas di media sosial.

“Menjelang hari meng­undi, saya lihat kami dapat memenangi beberapa kerusi, di lapangan penerimaan cukup baik walaupun ini kali pertama kami menggunakan logo Bersatu.

“Saya yakin pada 1 Ogos ini, Bersatu mampu membuat kejutan dan akan ada beberapa calon kami akan menjadi wakil rakyat yang menggunakan logo Bersatu untuk kali pertama,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohamad Hanifah yang juga calon Bersatu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu berkata lagi, hasil maklum balas itu juga tidak mustahil Bersatu dapat menang dan membentuk kerajaan selepas PRN kelak.

“Tujuan kami adalah mahu menubuhkan kerajaan, kami yakin insya-Allah.

“Manifesto kami juga atas dasar pengalaman kami dan saya sebagai ke­tua pembangkang dalam sidang DUN, saya rasa manifesto kami mampu dilaksanakan kalau tanya bagaimana , itulah kemampuan Bersatu, insya-Allah,” katanya.

Bersatu bertanding sebanyak 24 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRN Negeri Sembilan.

Sebanyak 19 kerusi di­perlukan bagi membentuk kerajaan negeri menerusi majoriti mudah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN