Bernaung label Indonesia, Fazley Yaakob bakal terbit lagu baharu - Utusan Malaysia

Bernaung label Indonesia, Fazley Yaakob bakal terbit lagu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Fazley Yaakob bakal tampil dengan sebuah lagu baharu yang ditulis oleh dirinya sendiri.

Lagu tersebut merupakan lagu sulung sejurus selepas penyanyi itu mengikat kontrak bersama label Indonesia susulan penyertaan dalam program Talk To My Manager Musim kedua.

“Sebenarnya, saya memang sudah siapkan single terbaru saya. Lagu itu bersifat sangat peribadi, saya tulis lagu dan liriknya sendiri. Jadi, bagaimana? Patutkah saya mengira detik menjelang pelancarannya?” katanya dalam Thread.

Penyanyi yang terkenal dengan julukan ‘abang asmara’ itu juga memaklumkan pembabitan rasmi dia dan anaknya, Ahmad Fariedz Shah Ahmad Fazli atau Fariedz Fazley, 18, dengan label antarabangsa itu.

Katanya, label tersebut juga merencana perjalanan artis ternama Indonesia.

“Team yang sama menguruskan penyanyi hebat seperti Tulus dan Nadhif Basalamah,” ujarnya.

Fazley dalam pada itu berterima kasih kepada peminat yang tidak putus bertanyakan mengenai lagu baharu.

“Terima kasih banyak semua! Ramai sangat yang tanya bila nak keluar lagu baru. Setiap kali saya bersiaran langsung di TikTok engkau orang akan minta saya menyanyi,” katanya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN