Berjasa tidak bertanding di kerusi yang ditandingi BN

Berjasa tidak bertanding di kerusi yang ditandingi BN

ZAMANI IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) tidak meletakkan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan bertanding di kawasan itu.

Presidennya, Zamani Ibrahim berkata, lapan kerusi berkenaan ialah Senaling, Juasseh, Seri Menanti, Lenggeng, Labu, Kota, Chembong dan Gemencheh.

Katanya, keputusan untuk memberi laluan di lapan kerusi sasaran itu dibuat demi memperkukuh penyatuan orang Melayu serta mengelakkan berlakunya perpecahan undi kaum berkenaan.

“Walau bagaimanapun, jentera di kawasan tersebut tetap akan digerakkan untuk kempen orang Melayu turun mengundi dan memilih calon Muslim berwibawa.

“Baki tujuh kerusi lagi, kita tunggu pengumuman calon Perikatan Nasional pada malam ini. Jangkaan saya, akan ada satu atau dua kerusi majoriti pengundi Melayu tetapi parti-parti menghantar calon bukan Melayu,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN