Bekas ADUN Gemas umum keluar Bersatu, letak jawatan ketua bahagian

Bekas ADUN Gemas umum keluar Bersatu, letak jawatan ketua bahagian

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Ridzuan Ahmad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tampin dan keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini.

Ridzuan berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada parti melantik kepimpinan baharu yang disifatkan lebih baik untuk menerajui Bahagian Tampin.

“Saya mengambil tanggungjawab ini dengan memberi peluang kepada parti memilih individu lain yang lebih baik untuk menerajui bahagian ini.

“Saya sedar sepanjang memegang amanah ini mungkin ada kekurangan daripada diri saya, jadi sudah tiba masanya untuk memberi ruang kepada kepimpinan baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tular surat peletakan jawatan bertarikh 11 Julai 2026 yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Dalam surat berkenaan, Ridzuan berkata, peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Tampin serta keputusan meninggalkan keahlian parti dibuat selepas dipertimbangkan dengan teliti dan berkuat kuasa pada tarikh sama.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkuat kuasa pada tarikh yang sama,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepimpinan parti, ahli-ahli bahagian serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan kepercayaan sepanjang penyertaan beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN