TAMPIN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Ridzuan Ahmad bakal bakal berdepan saingan dua calon lagi bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Ridzuan yang merupakan penyandang kerusi DUN Gemas sebelum ini akan dicabar calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Azman Abdullah dan calon Pakatan Harapan (PH), Siti Aishah Seman @ Othman.
Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon, Fadhil Hassan mengumumkan senarai calon yang bertanding sejurus tamat proses penamaan calon hari ini.
Ridzuan tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi bersama kira-kira 200 penyokong PN.
Sementara itu, Azman Abdullah hadir diiringi oleh dua pencadang, manakala Siti Aishah diiringi oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah (Amanah) Khalid Samad, Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan dan Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong mengiring calon PH bersama kira-kira 200 penyokong PH
Ridzuan memenangi kerusi DUN Gemas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu apabila bertanding atas tiket PN sebagai calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bagaimanapun, beliau baru-baru ini mengumumkan keluar daripada Bersatu dan menyertai Parti Wawasan (WAWASAN) sebelum sekali lagi dipilih mewakili PN bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN kali ini.
Pada PRN lalu, Ridzuan memperoleh 11,653 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Abd. Razak Ab. Said dengan majoriti 3,120 undi.
Sementara itu, dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Tampin iaitu DUN Gemencheh dan DUN Repah akan menyaksikan saingan satu lawan satu.
Di DUN Gemencheh, penyandang kerusi, Suhaimizan Bizar akan mempertahankan kerusi itu atas tiket BN dengan dicabar calon PH, Abd. Latif A. Tambi manakala di DUN Repah, calon BN, Koh Kim Swee berdepan penyandangnya daripada PH, S. Veerapan. – UTUSAN










