Bayi perempuan bertali pusat dijumpai di pekarangan masjid

Bayi perempuan bertali pusat dijumpai di pekarangan masjid

SEORANG bayi perempuan ditinggalkan di pekarangan Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang bayi perempuan yang masih bernyawa ditemukan di pekarangan Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, bayi berkenaan ditemukan orang awam kira-kira pukul 5.25 pagi sebelum dimaklumkan kepada polis.

“Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih bertali pusat. Bayi ini disahkan berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Besut  untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini. 

Mohd. Rozaime berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 317 kanun keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN