Auddra seperti anak saya - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Auddra seperti anak saya – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.”

Demikian kata Biaduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengenai anak angkatnya, Auddra Zulkifli yang bekerja keras dalam mencapai impian untuk menghasilkan single pertamanya, Gelanggang Rasa yang dilancarkan semalam.

Menurut Siti, Ketabahan penyanyi muda yang mesra disapa Odah itu saling tak tumpah mewarisi semangat dengan usaha gigih ibu bapa, Sharifah Shahirah dan Ijoy Azhari serta neneknya, Maria Arshad sepanjang bergelar anak seni.

“Auddra ada bakat dalam dirinya, yang boleh digilap dan dikembangkan. Dia bukan sahaja boleh berlakon malah bagus.

“Kalau diberi rezeki cepat-cepat dia rebut peluang,” katanya semasa pelancaran single sulung Auddra, Gelanggang Rasa di Ideas Hotel, di sini semalam.

Siti dalam masa yang sama mendoakan agar Auddra terus berjaya dan kekal sebagai pelapis industri muzik tanah air.

“Auddra seperti anak saya, Saya menasihatkan semoga teruslah bekerja keras, rendah diri, jaga disiplin dan belajar dari orang berpengalaman.

“Diharapkan Audra akan bertahan lama dalam industri seni tanah air,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi nombor satu negara itu berhasrat untuk melihat lebih ramai pelapis muda mewarnai industri seni di masa akan datang.

“Saya tak ada perkara lain, hanya ingin melihat bakat-bakat muda menjadi pelapis dan berjaya serta mengharum dalam  industri seni,” kongsinya.

Single sulung Auddra tersebut merupakan naskhah hasil ciptaan komposer muda berbakat besar, Mingaling, Micu Ellis, dan Aril Armani.

Gelanggang Rasa dapat didengari menerusi semua platform digital seperti Spotify dan Apple Music.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN