JELEBU: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan berdepan saingan satu lawan satu bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Penyandang kerusi DUN Chennah itu akan dicabar calon Barisan Nasional (BN) iaitu Siow Kong Choon yang juga Ketua Pemuda MCA Negeri Sembilan.
Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) P. 126 Jelebu, Abdul Rahim A. Aziz mengumumkan pertandingan dua penjuru itu selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi tadi.
Anthny Loke merupakan penyandang kerusi DUN Chennah selepas memenanginya pada PRN yang lalu dengan majoriti 2,200 undi. – UTUSAN










