ANALISIS: Mampukah percaturan BN-PN tumbangkan Anthony Loke? - Utusan Malaysia

ANALISIS: Mampukah percaturan BN-PN tumbangkan Anthony Loke?

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Chennah dijangka menjadi ke­rusi paling mendapat perhatian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.

Di kerusi itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook akan cuba mempertahankannya selepas ia turut ditan­dingi calon MCA, Siow Kong Choon.

Berbanding pilihan raya sebelum ini, pertandingan di Chennah hadir dalam suasana politik berbeza susulan persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Persefahaman itu berjaya mengelakkan pertembungan se­­sama sendiri antara kedua-dua pihak, selain mewujudkan situasi satu lawan satu yang mening­katkan peluang untuk menewaskan Anthony.

Pertembungan di Chennah bukan hanya pertandingan antara penyandang dan pencabar tetapi medan menguji keberkesanan formula kerjasama BN-PN dalam menarik sokongan pengundi.

Sekiranya formula kerjasama itu berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sokongan, ia boleh menjadi petunjuk awal terhadap keberkesanan pendekatan yang dipilih.

Namun, jika keputusan di Chennah tidak berubah, ia juga akan menjadi ukuran terhadap sejauh mana persefahaman po­litik mampu mempengaruhi co­rak pengundian.

Persoalan utama, sejauh mana penyokong BN dan PN dapat menerima pendekatan baharu itu dan menterjemahkannya kepada sokongan terhadap calon diketengahkan?

Ini kerana strategi pembahagian kerusi hanya menyedia­kan platform pertandingan ma­nakala keputusan akhir tetap bergantung kepada penerimaan pengundi di kawasan masing-masing.

Selain faktor calon, isu setempat, kekuatan jentera dan corak kempen sepanjang tempoh berkempen dijangka turut mempengaruhi kecenderungan pengundi.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan memasuki pilihan raya kali ini sebagai penyandang dan pemimpin utama DAP.

Reputasi yang ada itu dibantu jentera parti dari seluruh negara cukup untuk memastikan kerusi itu kekal dimiliki Pakatan Harapan (PH).

Pada masa sama, Kong Choon membawa cabaran MCA yang berharap mendapat manfaat da­ripada persefahaman BN-PN di Negeri Sembilan.

Terdapat seramai 14,422 pengundi di DUN Chennah dengan peratusan pengundi Melayu dan bukan Melayu adalah seimbang.

Pengundi Melayu membentuk sekitar 47.25 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi diikuti pengundi Cina (42.68 peratus), India (dua peratus) dan lain-lain (lapan peratus).

Pada PRN 2023, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban menang dengan majoriti 2,200 undi menewaskan calon PN yang mendapat sebanyak 3,688 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN