Aminuddin berdepan calon BN, Bersatu di Linggi

Aminuddin berdepan calon BN, Bersatu di Linggi

AMINUDDIN Harun (kanan) bersama Mohd. Faizal (tengah) dan Zamri selepas mereka diumumkan sebagai calon PRN Negeri Sembilan bagi DUN Linggi di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson hari ini.- UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun disaingi dua lagi calon bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Aminuddin yang juga Menteri Besar dicabar penyandang Datuk Mohd. Faizal Ramli dari Barisan Nasional (BN) dan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zamri Md.Yunus

Perkara tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRN, Nurhazelin Makli di Pusat Penamaan Calon
Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Sementara itu, di DUN Bagan Pinang, penyandang kerusi tersebut dari Perikatan Nasional (PN), Abd. Fatah Zakaria bakal disaingi calon Bersatu, Sheikh Junaidy Jamaludin dan Nasir Rahman dari PN.

Di DUN Sri Tanjung pula menyaksikan pertembungan lima penjuru iaitu dengan penyandangnya, Dr. G. Rajasekaran dari PH yang disaingi calon BN, A. Achutan; M. Leevinesh (Bersatu); Datuk A. Saravanan (Bebas) dan Islah Wahyudi Zainudin (Bebas)

Di Chuah pula, penyandangnya, Yeq Boon Lye hanya disaingi oleh calon BN iaitu, Pau Jeou Ching.

Sementara itu bagi DUN Lukut, Choo Ken Hwa dari PH yang menyandang kerusi itu akan disaingi oleh N. Sathes Kumar dari PN dan calon Bebas, Teo Seng Lee. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN