464 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual

464 borang pencalonan PRN Negeri Sembilan telah terjual

RAMLAN Harun ketika meninjau persiapan di Pusat Penamaan Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat dan Ampangan di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Forest Heights, hari ini. UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 464 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah terjual menjelang hari penamaan calon esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sehingga pukul 9 malam semalam, seramai 70 calon daripada 464 bakal calon yang membeli borang pencalonan telah membuat bayaran deposit.

“Bagaimanapun, semua calon digalak menjelaskan bayaran lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada pagi esok.

“Semua calon masih boleh membuat bayaran sehingga pukul 10 pagi esok, namun mereka digalakkan berbuat demikian lebih awal bagi melancarkan urusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan di Pusat Penamaan Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat dan Ampangan di Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Forest Height di sini, hari ini.

Menurut Ramlan, segala persiapan bagi proses penamaan calon melibatkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan lancar dengan seramai 761 petugas SPR akan mengendalikan urusan di semua pusat penamaan calon.

“Proses penamaan calon akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi esok, manakala calon masih boleh membuat bayaran deposit sehingga tempoh itu berakhir,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN