KUALA LUMPUR: Parti Cinta Malaysia (PCM) yang dikenali sebagai Parti Wawasan Negara mengumumkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa pertimbangan.
“Di Johor ini adalah gelanggang pertama selepas PRN Sabah, maka saya sebagai Presiden yang baru, saya nak perhatikan supaya kita ambil tindakan yang paling baik. Jadi kita buat keputusan untuk tidak serta PRN Johor,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya lagi, Wawasan akan tetap memberi sokongan kepada mana-mana calon yang bertanding.
“Tidak sertai tidak bermakna tidak sokong mana-mana calon. Kita sokong barisan calon-calon yang layak,” katanya.
Dalam pada itu, Hamzah turut memaklumkan yang parti itu akan mengambil bahagian dalam PRN Negeri Sembilan. – UTUSAN










