Warga Myanmar dalang utama geng pecah rumah diberkas polis

Warga Myanmar dalang utama geng pecah rumah diberkas polis

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dalang utama sindiket geng pecah rumah ditahan polis dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, tangkapan itu melibatkan enam individu termasuk dua lelaki Myanmar, seorang wanita Indonesia serta dua lelaki dan seorang wanita tempatan berumur 20-an hingga 30-an.

Katanya, pihak polis telah menjalankan tiga serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu, yang membawa kepada kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menumpaskan sindiket terbabit.

“Pihak polis turut merampas pelbagai barangan disyaki hasil jenayah termasuk jam tangan mewah, beg berjenama, telefon bimbit, komputer riba permainan dan sebilah parang.

“Semakan mendapati seorang suspek tempatan mempunyai lapan rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah berdasarkan rekod siasatan pihak berkuasa setakat ini.

“Manakala hasil siasatan awal mendapati suspek utama warga Myanmar, terbabit sekurang-kurangnya dengan enam kes pecah rumah lain di sekitar daerah Cheras sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Rosdi, tangkapan dibuat susulan laporan kejadian pecah rumah di Taman Bukit Cheras pada 25 April lalu melibatkan kerugian melebihi RM13,000 melibatkan barang kemas dan wang tunai.

“Kesemua suspek kini direman sehingga 9 Jun 2026 bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan polis terus menjalankan siasatan rapi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN