Wanita 79 tahun parah dipukul cucu semasa bertengkar

Wanita 79 tahun parah dipukul cucu semasa bertengkar

NIK AB. HALIM NIK MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang wanita warga emas parah di bahagian kepala dipercayai dipukul cucunya menggunakan tukul selepas berlaku pertengkaran di rumah mereka di Kampung Kuala Abang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, kejadian kira-kira pukul 6.55  petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 79 tahun kini menerima rawatan di Hospital Dungun.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek berusia 25 tahun itu tinggal bersama neneknya di rumah tersebut dan sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara mereka kerana suspek mahu keluar dari rumah, namun dihalang wanita itu. 

“Pertengkaran itu menyebabkan mangsa dipercayai ditolak dan kemudiannya dipukul dengan tukul,” katanya.

Nik Ab. Halim berkata, suspek yang mempunyai kad pesakit mental ditahan selepas kejadian dan polis turut merampas sebatang tukul besi yang dipercayai digunakannya dalam kejadian berkenaan.

“Warga emas itu pula kini sedang dirawat di Hospital Dungun dan keadaan mangsa dilaporkan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN