Wajib bersatu pilih pemimpin Melayu Islam

Wajib bersatu pilih pemimpin Melayu Islam

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang Melayu beragama Islam perlu bersatu dalam memilih pemimpin Melayu Islam dan pemimpin bukan Islam yang tidak bersikap ekstrem pada pilihan raya.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pengundi wajib menolak kalangan bukan Islam yang ekstrem menentang Islam serta merancang menguasai negara bergabung dengan Melayu yang liberal dan tidak cinta akan agama dan bangsanya sendiri.   

Menurutnya, kepimpinan negara perlu dipimpin oleh mereka yang meletakkan agama sebagai asas pentadbiran, di samping memastikan keadilan dapat ditegakkan kepada seluruh rakyat dalam masyarakat majmuk.

“Perkara ini bukan bermakna bersikap fanatik terhadap agama dan bangsa kerana Islam mewajibkan berlaku adil kepada seluruh manusia serta memimpin masyarakat pelbagai agama dan kaum.

“Dalam masa sama, penglibatan bukan Islam yang tidak ekstrem adalah dibenarkan,” katanya menerusi Minda Presiden Pas hari ini.

Abdul Hadi berkata, amalan demokrasi memberikan ruang kepada rakyat memilih kerajaan dan pemimpin melalui pilihan raya. 

“Umat Islam perlu menunaikan tanggungjawab tersebut dengan memilih kepemimpinan yang diyakini mampu memelihara agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya rakyat tidak mengambil mudah tanggungjawab mengundi kerana ia berkait rapat dengan pemilihan wakil yang akan menentukan hala tuju pentadbiran negara.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian bagi memastikan kepimpinan yang dipilih dapat mempertahankan kepentingan negara dan rakyat.

“Menunaikan kewajipan politik Islam berkuasa memerintah hukumnya adalah wajib, kerana kuasa memerintah mentadbir negara adalah salah satu daripada tiga tujuan Allah mencipta manusia iaitu beribadat, berkhilafah (politik) dan beramanah (melaksanakan hukum Allah yang Maha Adil),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN