Umat Islam boleh solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang mulai hari ini

Umat Islam boleh solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang mulai hari ini

SENATOR DR. ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Umat Islam di sekitar Bukit Bintang kini boleh menunaikan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang bermula hari ini selepas kemudahan itu mendapat berkenaan pihak berkuasa agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, kebenaran tersebut diberikan secara sementara sehingga surau Jumaat kekal di lokasi itu siap dibina.

“Sejarah bakal tercipta di Bukit Bintang esok (hari ini). Atas izin Allah dan kelulusan khas, solat Jumaat kini boleh ditunaikan di Outreach Oasis Bukit Bintang buat sementara waktu sehingga surau Jumaat kekal siap dibina kelak.

“Selepas ini, tak perlu kelam-kabut mengejar masa atau bersesak ke lokasi yang jauh demi menunaikan kewajipan, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zulkifli berkata, kemudahan itu diharap dapat memberi keselesaan kepada umat Islam khususnya yang berada di kawasan Bukit Bintang untuk menunaikan solat Jumaat.

Beliau turut mengajak umat Islam hadir memeriahkan pelaksanaan solat Jumaat di lokasi tersebut sebagai tanda sokongan terhadap syiar Islam.

“Jom penuhkan saf sebagai tanda sokongan padu ummah kepada syiar Islam. Hari Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan. Kita rehatkan minda, bersihkan jiwa dan imarahkan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang esok (hari ini),” katanya.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan sedang berusaha mewujudkan surau Jumaat yang lebih selesa di Bukit Bintang bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan ibadah di kawasan tumpuan pelancong itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN