Tahan 100 individu, KPDN rekod mampasan RM2.67 juta

Tahan 100 individu, KPDN rekod rampasan RM2.67 juta

HANIF Yusabra Yusuf (dua kanan) ketika pemantauan bersama anggotanya di sebuah stesen minyak di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.  - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merekodkan rampasan bernilai RM2.67 juta selepas menahan 100 individu bagi membantu siasatan sejak Januari lalu hingga hari ini.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 terus mendominasi statistik penguatkuasaan apabila merekodkan 237 kes, sekali gus menjadi penyumbang terbesar kepada tindakan yang diambil kementerian.

Katanya, jumlah itu diikuti 134 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta 132 kes mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Turut direkodkan adalh 13 kes di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, empat kes mengikut Akta Cap Dagangan dan satu kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Kes-kes ini dikesan hasil operasi penguatkuasaan dan pemantauan berterusan yang dijalankan di seluruh Kelantan,” katanya kepada pemberita di sebuah stesen minyak di Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Hanif Yusbra berkata, sepanjang tahun lalu, KPDN Kelantan merekodkan 1,379 kes melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan keseluruhan RM4.77 juta.

“Bagi tempoh sama tahun lalu, seramai 224 individu turut ditahan bagi membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN