STPM 2025: Negeri Sembilan catat PNGK tertinggi dalam sejarah

STPM 2025: Negeri Sembilan catat PNGK tertinggi dalam sejarah

MOHD. Wazir Hamzah (tiga dari kanan) semasa sidang akhbar pengumuman keputusan STPM 2025 Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.88 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025, meningkat 0.02 mata berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan, Mohd. Wazir Hamzah berkata, pencapaian itu merupakan PNGK tertinggi pernah direkodkan negeri tersebut.

Menurutnya, peningkatan prestasi itu turut disumbangkan oleh pencapaian cemerlang beberapa daerah, dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Pilah dan PPD Tampin muncul sebagai daerah terbaik apabila masing-masing mencatat PNGK 3.04.

“PPD Rembau merekodkan PNGK 2.99 pada tahun 2025, meningkat 0.04 mata berbanding 2.95 pada tahun lalu.

“PPD Jempol dan Jelebu pula mencatat PNGK 2.86, meningkat 0.06 mata berbanding 2.80 pada 2024,” katanya semasa sidang akhbar pengumuman keputusan STPM 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata, PPD Seremban turut merekodkan peningkatan 0.03 mata kepada PNGK 2.85 berbanding 2.82 pada tahun lalu, manakala PPD Port Dickson mencatat PNGK 2.83.

Dalam pada itu, seramai 33 calon memperoleh PNGK 4.00, manakala 111 calon mencapai PNGK antara 3.00 hingga 3.74.

“Seramai 1,039 calon atau 91.5 peratus memperoleh PNGK 2.00 ke atas, sekali gus menunjukkan lebih ramai calon layak memohon melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Labu muncul sebagai sekolah terbaik STPM 2025 di Negeri Sembilan apabila merekodkan PNGK tertinggi, iaitu 3.37.

Mohd. Wazir berkata, kesemua 1,136 calon STPM 2025 di negeri ini layak dianugerahkan sijil STPM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN