PETALING JAYA: Semua calon dan parti politik yang bertanding agar sentiasa mematuhi undang-undang serta mengelakkan sebarang perbuatan yang boleh melanggar peraturan pilihan raya.
SPRM dalam kenyataan menegaskan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan selaras dengan peruntukan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012) bagi memastikan proses pilihan raya berlangsung secara adil, bersih dan berintegriti
“Setiap maklumat yang diterima SPRM berkaitan rasuah akan diteliti dan disiasat secara profesional, telus serta mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelas kenyataan itu, lima bilik gerakan akan dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang tempoh pilihan raya.
Katanya, bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam sehari bermula pada hari penamaan calon, 27 Jun ini sehingga hari pengundian pada 11 Julai depan.
“Pembukaan bilik gerakan tersebut bertujuan memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berhubung sebarang perlakuan rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang berlaku sepanjang proses pilihan raya.
“Lima Bilik Gerakan yang dibuka adalah di Pejabat SPRM Johor di Tampoi, serta Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat, Kluang, Segamat dan Mersing,” jelasnya.
Tambahnya, oramg ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan SPRM Johor di talian 07-2316170 atau talian 24 jam 011-61349460.
“Bagi Cawangan Kluang, talian yang disediakan ialah 07-7714610 dan talian 24 jam 018-7101040.
“Aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa juga boleh disalurkan melalui e-mel rasmi Bilik Gerakan di [email protected],”katanya. – UTUSAN










