Siapa nak bantu, bantulah - Muhyidin

Siapa nak bantu, bantulah – Muhyidin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menerima keputusan Pas yang tidak mahu menggunakan jentera pilihan raya mereka bagi membantu kempen calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan pendirian siapa mahu bantu, silakan bantu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semangat kerjasama dalam PN sepatutnya berjalan secara bersama, namun tidak wajar dipaksa walaupun semua parti berada dalam gabungan yang sama.

Katanya, tiada sebarang paksaan dibuat kepada mana-mana komponen PN untuk memberikan sokongan dan Bersatu menghormati keputusan rakan gabungan tersebut.

“Tidak apalah, saya tidak minta siapa nak bantu.

“Siapa nak bantu, bantulah. Walaupun daripada segi prinsip PN sepatutnya saling membantu, kalau ada rakan yang tak nak bantu, kita terimalah,” katanya sewaktu berucap selepas selesai penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh, hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan menggerakkan jentera pilihan raya untuk membantu calon Bersatu pada PRN Johor.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari pula berkata jentera parti akan ditumpukan kepada kerusi yang ditandingi PAS serta rakan komponen lain dalam PN.

Dalam masa sama, Muhyiddin menyatakan, Bersatu tetap mengamalkan pendekatan terbuka dan bersedia memberi sokongan kepada mana-mana rakan dalam gabungan PN yang memerlukan bantuan kempen.

“Kami juga bersedia menyalurkan bantuan kempen kepada mana-mana rakan komponen dalam PN sekiranya diperlukan bagi menghadapi PRN Johor,” katanya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN