Seorang maut, kes denggi meningkat selepas Aidiladha

Seorang maut, kes denggi meningkat selepas Aidiladha

HILMI Abdullah (tengah) melihat replika nyamuk sempena Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes di Jalan Seri  Cemerlang Kota Bharu.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan merekodkan satu kematian akibat demam denggi dan 319 kes jangkitan sejak Januari hingga 20 Jun lalu, dengan peningkatan kes dikesan sejak tiga minggu selepas sambutan Hari Raya Aidiladha meskipun keseluruhan trend penyakit itu menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, jumlah kes denggi tahun ini menurun sebanyak 63.54 peratus berbanding 875 kes dalam tempoh sama pada 2025.

Katanya, sebanyak 14 wabak denggi turut direkodkan sehingga 20 Jun lalu berbanding 66 wabak dalam tempoh sama tahun lalu, sekali gus mencatatkan penurunan sebanyak 78.8 peratus.

“Bagaimanapun, sejak tiga minggu selepas Aidiladha berlaku peningkatan sebanyak 67 kes denggi baharu serta lima wabak denggi.Justeru, masyarakat tidak boleh mengambil mudah ancaman penyakit ini. 

“Pencegahan dan kawalan denggi memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak bagi memastikan tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan serta risiko penularan penyakit dapat dikurangkan,” katanya selepas Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes yang dirasmikan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah.

Menurut beliau, gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran adalah antara langkah paling berkesan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes sekali gus mengurangkan risiko penularan demam denggi.

Katanya, aktiviti itu turut meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan mengamalkan langkah pencegahan denggi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN