'Semoga baik-baik sahaja'

‘Semoga baik-baik sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Semoga hari ini baik-baik sahaja.”

Demikian kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika tiba di perkarangan Istana Kehakiman di sini kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Beliau hadir bagi mendengar keputusan rayuan akhir pendakwaan berhubung pembebasannya daripada empat pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada Syed Saddiq bakal dibebaskan daripada sabitan atau kekal menjalani hukuman penjara.

Sekiranya rayuan akhir yang difailkan oleh Syed Saddiq ditolak, beliau akan terus dibawa ke penjara bagi menjalani hukuman selama tujuh tahun.

Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan, termasuk bersubahat, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana pertubuhan itu berjumlah RM1 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN