KUALA LUMPUR: Sasaran kehadiran seramai 5,000 pengunjung untuk hadir ke Truck Fighter & Meet Show 2.0 berada di landasan tepat serta disifatkan bakal menjadi kenyataan.
Ia selepas jumlah kehadiran ke program yang dilangsungkan di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) itu telah pun melebihi 3,000 pengunjung setakat tengah hari tadi.
Inisiatif anjuran Zaki GM Garage Sdn Bhd itu diadakan seawal pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam ini.
Acara berskala besar itu menghimpunkan komuniti kenderaan pacuan empat roda (4×4) daripada seluruh negara.
“Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik masih berlangsung sepanjang program bagi memenuhi keperluan serta minat pelbagai lapisan masyarakat.
“Orang ramai yang belum berkesempatan hadir dijemput untuk turut serta memeriahkan program Truck Fighter 2.0 serta menikmati pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh penganjur,” katanya.
Truck Fighter 2.0 tampil lebih meriah dengan pelbagai pengisian menarik termasuk pameran kenderaan 4×4, pertandingan autoshow melibatkan 21 kategori, aktiviti off-road, gerai jualan, pameran industri automotif serta cabutan bertuah.
Acara berkenaan bertujuan memperkukuh solidariti komuniti 4×4 yang sering menjadi ‘wira tidak didendang’ ketika bencana alam, khususnya dalam operasi menyelamat dan bantuan banjir.
Sepanjang program berlangsung, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti termasuk pameran kenderaan 4×4, pertandingan autoshow dengan 21 kategori, aktiviti off-road yang mencabar adrenalin, gerai jualan, pameran industri serta cabutan bertuah.
Program seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dalam komuniti 4×4, malah menjadi medium memperkukuh jaringan kerjasama dalam industri automotif tempatan.
Komuniti pacuan empat roda juga dilihat memainkan peranan penting sebagai sukarelawan ketika operasi bantuan bencana dan banjir di seluruh negara. – UTUSAN










