Sangat tertekan dengan apa yang berlaku, saya bercuti sebulan di Eropah - Ariff Bahran - Utusan Malaysia

Sangat tertekan dengan apa yang berlaku, saya bercuti sebulan di Eropah – Ariff Bahran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Arif Bahran mengambil keputusan untuk bercuti ke Eropah bersama isteri dan anaknya selama sebulan bagi menenangkan fikiran selepas berdepan detik hitam dirompak pihak tidak bertanggungjawab, baru-baru ini.

Arif atau Muhammad Arif Bahran Mohd Azhari, 28, berkata, kejadian tersebut membuatkan emosinya terganggu hingga dia mengambil keputusan mengejut untuk bercuti ke luar negara bagi menenangkan fikiran.

“Bulan lepas, saya sangat tertekan. Saya pergi ke sana sebenarnya untuk melarikan diri seketika daripada tekanan yang ada ini.

“Keputusan ini dibuat secara spontan sebenarnya. Saya terus buat tempahan tiket dan bertolak pergi bagi. Penting sebenarnya supaya balik nanti saya lebih tenang dan berfikir dengan lebih rasional,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan, Ariff memaklumkan perkara tersebut kini diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan dia dilarang sama sekali untuk mencampuri urusan siasatan yang sedang berjalan.

Tambahnya, dia juga diminta oleh pihak berkuasa untuk tidak terlalu mendedahkan butiran kes kepada umum bagi mengelakkan proses memburu suspek yang masih bebas terganggu.

“Mengenai tempoh siasatan, saya tidak tahu kerana itu merupakan kerja dan tugas pihak polis. Siasatan kes ini masih lagi berjalan dan saya akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perkembangan terbaharu.

“Pihak polis meminta saya untuk tidak masuk campur dan menasihati saya agar mengambil pendekatan berdiam diri terlebih dahulu buat masa sekarang. Jika kita terlalu memperbesarkan perkara ini, bimbang ia boleh mengganggu siasatan memandangkan kes ini melibatkan perhatian pihak atasan,” katanya.

Sebelum ini, Ariff mengalami kerugian sebanyak RM92,970 selepas premis perniagaan miliknya yang menjual beg tangan berjenama mewah di Tamarind Square, Cyberjaya dipecah masuk kira-kira jam 6 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN