KUALA LUMPUR: Pelakon, Sharifah Shahora, 51, memaklumkan perampas kebahagiaan orang lain merupakan kisah drama yang mendapat sambutan penonton.
Katanya, keadaan itu sekali gus membuatkan drama tersebut sentiasa menerima tontonan yang ramai.
”Kita jumpa ramai tanya kenapa banyak sangat drama sondol menyondol dekat televisyen sekarang. Rating tinggi adik..penonton suka,” kongsinya di Threads.
Dalam pada itu, Sharifah turut mencadangkan kepada penonton untuk mengutarakan sebarang idea mengenai jalan cerita yang ditonton ramai.
“kalau engkau orang ada idea boleh cadangkan drama apa yang engkau orang nak tengok kat TV?
“Drama TV dan filem dekat panggung lain ya . Ada yg tak tahu kan,” ujarnya.










