Rapid KL perkenal Rapid Bulanan Digital

Rapid KL perkenal Rapid Bulanan Digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rapid Kl memperkenalkan pas perjalanan tanpa had yang boleh dibeli dan diaktifkan menerusi aplikasi TNG eWallet, Rapid Bulanan Digital bagi memudahkan pengguna perkhidmatan disediakan.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya dalam mentransformasi pendigitalan perkhidmatan pengangkutan awam selaras dengan aspirasi negara ke arah ekosistem mobiliti yang lebih pintar, cekap dan berteraskan pembayaran tanpa tunai.

Katanya, kemudahan baharu ini sekaligus membolehkan pengguna untuk terus memperbaharui atau mengaktifkan pas bulanan mereka tanpa perlu beratur di kaunter.

“Rapid Bulanan merupakan pas perjalanan bulanan yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari berturut-turut merentasi keseluruhan rangkaian perkhidmatan Rapid KL.

“Berbeza dengan Pas My50 yang ditawarkan khusus kepada warganegara Malaysia, Rapid Bulanan terbuka kepada semua pengguna termasuk bukan warganegara, sekali gus menyediakan pilihan perjalanan yang lebih fleksibel dan menjimatkan untuk pelbagai kategori penumpang,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN