PRN Negeri Sembilan: Anthony Loke mahu pertahankan Chennah

PRN Negeri Sembilan: Anthony Loke mahu pertahankan Chennah

ANTHONY Loke Siew Fook (duduk, tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan beliau akan kekal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 akan datang dan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.

Katanya, keputusan beliau tersebut setelah mendapat sokongan kepemimpinan parti itu di peringkat negeri sekali gus membolehkannya terus mengetuai DAP dalam menghadapi pilihan raya itu.

“Saya telah membuat keputusan dan mendapat sokongan daripada setiausaha serta jawatankuasa negeri untuk terus mengetuai kempen pilihan raya ini dengan bertanding dalam PRN Negeri Sembilan kali ini. Saya tetap akan bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini,” katanya.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Semasa PRN Negeri Sembilan Ke-15 pada, Anthony Loke yang mewakili Pakatan Harapan (PH) menang di kerusi Chennah dengan majoriti 2,200 undi.

Sementara itu, katanya, DAP Negeri Sembilan menyasarkan untuk mempertahankan kesemua 11 kerusi yang dimenangi parti itu pada PRN lalu selain membantu rakan komponen PH memperoleh kemenangan di kerusi lain.

“Kami menyasarkan PH memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi di Negeri Sembilan seperti yang pernah dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018,” katanya lagi.

Selain itu menurutnya, jentera pilihan raya PH Negeri Sembilan dijadualkan akan dilancarkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ini.

Katanya, setiausaha DAP negeri, Cha Kee Chin juga telah diamanahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya DAP Negeri Sembilan bagi menyelaras gerak kerja kempen parti menjelang PRN nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN