PRN Johor: Wanita BN mahu lebih ramai calon wanita diketengahkan

PRN Johor: Wanita BN mahu lebih ramai calon wanita diketengahkan

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sayap Wanita Barisan Nasional (BN) mahu lebih ramai calon wanita diketengahkan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr.Noraini Ahmad berkata, pihaknya sentiasa menyokong segala usaha bagi meningkatkan pembabitan wanita di setiap negeri.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Pusat berkata, pihaknya juga berharap perkara itu mendapat pertimbangan BN Negeri Johor dan BN Pusat.

“Semestinya kami Wanita BN memang mahukan supaya calon-calon wanita dapat diketengahkan sebab sekarang Johor adalah antara negeri yang mempunyai (wakil rakyat) wanita BN paling tinggi.

“Sekarang calon wanita yang menang (pada PRN Johor sebelum ini), iaitu (menjadi) wakil rakyat ialah sebanyak 26 peratus,” katanya ketika ditemui selepas melawat Klang Valley Distribution Terminal (KVDT) di sini, hari ini.

Sebelum ini, katanya, sekitar 25 peratus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN adalah dalam kalangan calon wanita.

Mengulas lanjut, Noraini yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, usaha untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam PRN Johor juga akan dibincangkan bersama kepimpinan tertinggi parti.

“Kita akan berbincang dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Presiden (UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), sudah ada perbincangan.

“Kita cuba nak sampaikan sasaran kita sebab sekarang ini paling tidak, paling tinggi yang kita dapat ialah 26 peratus dan kita harap dapat kekalkan atau tingkatkan lebih daripada 26 peratus itu,” katanya.

Ditanya sama ada sudah ada senarai nama calon bagi PRN Johor, Noraini berkata, senarai nama itu sudah ada namun, ia perlu mendapat kelulusan BN Johor dan BN Pusat.

“Ada dah (senarai nama calon),” katanya ringkas.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa Isnin lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-16. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN