Polis terima 15 laporan terhadap Haim Hilman

Polis terima 15 laporan terhadap Haim Hilman

M. KUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 15 laporan polis diterima berhubung kenyataan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr. Haim Hilman Abdullah yang mendakwa wujud kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) tanpa melalui saluran Unit Pusat Universiti (UPU).

Susulan laporan berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, tertuduh diwakili peguam Mohd Faizi Che Abu dan Yahaya Othman.

Pertuduhan itu dibuat susulan kenyataan yang didakwa dikeluarkan Haim Hilman dalam satu program di Seremban, Negeri Sembilan pada 13 Jun lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 30 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Susulan kes yang sedang berjalan itu, M Kumar berkata, masyarakat diminta menghormati proses perundangan dan tidak membuat sebarang spekulasi atau ulasan yang boleh menjejaskan prosiding mahkamah.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan platform media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN