Polis kesan anak wanita cuba seludup 31 kg dadah ke Nigeria

Polis kesan anak wanita cuba seludup 31 kg dadah ke Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan pihak berkuasa Nigeria kerana dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis Canadian Loud ke negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah dimaklumkan Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan Nigeria (NDLEA) berhubung penahanan suspek.

Menurutnya, JSJN sudah memulakan siasatan untuk mengesan anak suspek untuk dirakam keterangan.

“JSJN akan bekerjasama dengan semua agensi anti negara berkaitan untuk melengkapkan siasatan termasuk pihak berkuasa Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media semalam melaporkan seorang wanita berusia 63 tahun ditahan pihak berkuasa Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kg dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed di Lagos, lapor The Guardian Nigeria.

Suspek, Ting Hung Kiong, ditahan pada 17 Mei lalu oleh NDLEA sebaik tiba di terminal ketibaan lapangan terbang berkenaan.

Difahamkan, wanita terbabit yang memiliki status warga Malaysia naturalisasi itu tiba di Nigeria menaiki penerbangan Emirates dari Thailand melalui Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai dalam perjalanan dari Malaysia ke Thailand sebelum ke Nigeria, dengan membawa dua bagasi besar yang mengandungi bahan terlarang tersebut.

Ketika disoal siasat, beliau mendakwa perjalanan itu ditaja oleh anak perempuannya serta telah berada di Thailand selama kira-kira dua minggu sebelum menerima bungkusan berkenaan untuk dihantar ke Nigeria. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN