Pokok tumbang di beberapa kawasan KL termasuk Jalan Dato Keramat

Pokok tumbang di beberapa kawasan KL termasuk Jalan Dato Keramat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar kawasan Jalan Dato Keramat, dekat sini susulan ribut dan hujan lebat yang melanda ibu negara pada petang ini.

Difahamkan, insiden sama juga berlaku di beberapa kawasan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Terdahulu, beberapa video dikongsikan warganet di media sosial memaparkan keadaan cuaca masih hujan dengan beberapa pokok dilihat tumbang di sekitar jalan. 

Perkongsian sebuah video turut memaklumkan pengguna jalan raya terpaksa berpatah balik kerana ada laluan tidak boleh dilalui susulan kejadian berkenaan. 

Video itu juga memaparkan pokok tumbang turut menyebabkan jalan rosak sekali gus menjejaskan kereta yang diletakkan di kawasan itu. 

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan mengenai banjir kilat namun terdapat beberapa kejadian pokok tumbang di ibu kota

Katanya, operasi sedang dijalankan di lokasi bagi mengalihkan pokok tumbang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN