PGA tahan dua PATI warga China disyaki 'scammer' - Utusan Malaysia

PGA tahan dua PATI warga China disyaki ‘scammer’

TELEFON bimbit yang dirampas selepas PGA menahan dua warganegara China dalam serbuan di kawasan semak Kampung Belukar, Jeram Perdah, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara China yang dipercayai terlibat dalam kegiatan ‘scammer’ ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan kawasan belukar di Kampung Siram, Jeram Perdah di sini awal pagi tadi.

Penahanan dua lelaki masing-masing berusia 32 dan 34 tahun pada pukul 4.30 pagi itu membawa kepada rampasan 11 telefon bimbit, 142 sim kad luar negara dan dua pemacu kilat dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM48,040.

Komander Briged Tenggara (PGA) Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussian berkata, berpandukan kuantiti telefon bimbit dan sim kad yang banyak dalam milikan kedua-dua suspek, pihaknya tidak menolak kemungkinan mereka dipercayai terlibat dengan ‘scammer’.

“Soal siasat lanjut tidak dapat dijalankan kerana kedua-dua suspek tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah memasuki Malaysia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN