Perpecahan blok pembangkang jadi tumpuan

Perpecahan blok pembangkang jadi tumpuan sidang Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang Dewan Rakyat bermula hari ini bakal menjadi pentas bagi parti dalam kerajaan dan pembangkang membuktikan siapa lebih efektif menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Negeri Sembilan.

Suhu politik di Dewan Rakyat sepanjang hari ini sehingga 16 Julai depan juga dijangka hangat susulan perubahan landskap politik tanah air mutakhir ini membabitkan kerajaan dan pembangkang.

Sentimen luar seperti kempen politik bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan yang dijadualkan masing-masing pada 11 Julai dan 1 Ogos depan juga turut mempengaruhi perjalanan sidang Dewan Rakyat kali ini sekali gus membawa arus berbeza berbanding persidangan sebelumnya.

Apa tidaknya, bagi kem pembangkang, walaupun ma­sing-masing masih bertaut pada gabungan Perikatan Nasional (PN) namun kerjasama antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah pun terhenti secara rasmi pada 8 Jun lalu.

Krisis itu juga membawa kepada bertukarnya kedudukan Ahli Parlimen Bersatu yang masih bersama Presidennya, Tan Sri Muh­yiddin Yassin di dalam Dewan Rakyat iaitu jauh di Blok E berbanding bersebelahan Ketua Pembangkang sebelum ini.

Difahamkan, perubahan kedudukan tempat duduk di Parlimen itu dibuat atas permintaan Muhyiddin sen­diri selepas Bersatu dan Pas tidak lagi sehaluan walaupun masih berada di kem pembangkang.

Keputusan Pas dan kumpulan Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat dan digantung menamakan semula Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang juga menjadi tamparan hebat kepada Muhyiddin sekali gus mencipta senario unik pada sidang kali ini.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, situasi unik yang mungkin wujud pada persidangan kali ini adalah apabila serangan pembangkang mungkin tidak lagi pada satu arah iaitu kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN