Pengalaman berlakon di Arab dekatkan Giancarlo Esposito kepada Islam - Utusan Malaysia

Pengalaman berlakon di Arab dekatkan Giancarlo Esposito kepada Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pengalaman menjalani penggambaran filem Seven Dogs di Arab Saudi menjadi kunci utama pelakon Breaking Bad, Giancarlo Esposito memeluk agama Islam.

Menurut laporan akhbar antarabangsa, keputusan itu dibuat selepas Esposito banyak berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat Muslim di sana.

Malah, pelakon itu juga dilaporkan telah mengucap syahadah dan mengisytiharkan keimanannya di sebuah masjid.

Selepas bergelar muslim, Giancarlo Esposito dilihat menunaikan solat bersama ahli pasukan produksi filem Seven Dogs malah video tersebut telah pun menjadi tular di media sosial.

Filem itu merupakan naskhah filem aksi terbaharu yang dibintangi Esposito berlatarkan lokasi di Arab Saudi.

Difahamkan, Esposito sempat menyatakan penghargaan terhadap masyarakat Muslim kerana memberikannya layanan mesra sepanjang proses penggambaran.

Walau bagaimanapun, Esposito masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung berita tersebut.

Keputusan Giancarlo Esposito untuk memeluk Islam turut menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat.

Untuk rekod, pelakon legenda dari Amerika Syarikat ini terkenal kerana membawakan watak Gus Fring dalam siri televisyen Breaking Bad.

Selain itu, Esposito juga membintangi beberapa karya besar Hollywood lain seperti Better Call Saul dan The Mandalorian. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN