Penduduk rugi lebih RM1 juta akibat ribut di Bercham - Utusan Malaysia

Penduduk rugi lebih RM1 juta akibat ribut di Bercham

LIEW Kim Seng menunjukkan rakaman video kejadian ribut pada Jumaat lalu di Bercham, Ipoh, Perak. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Anggaran RM1.2 juta adalah nilai kerugian yang dialami oleh para penduduk di Bercham di isni ekoran kejadian ribut pada Jumaat lalu.

Kejadian yang berlaku pada waktu petang itu telah menjejaskan puluhan rumah melibatkan lebih 400 keluarga di kawasan tersebut.

Berdasarkan tinjauan, banyak rumah kini masih lagi dalam keadaan rosak terus serta ada yang sedang dibaik pulih.

Seorang penduduk, Liew Kim Seng, 46, masih trauma dengan kejadian tempoh hari yang baginya pertama kali berlaku di Bercham sepanjang hidupnya.

Beliau masih menyimpan beberapa rekod video kejadian tersebut yang memperlihatkan bagaimana beberapa premis awam dan rumah yang musnah ditiup angin.

“Petang itu angin sangat kuat. Angin kuat menerbangkan atap zink yang membahayakan penduduk,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui semasa lawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow ke lokasi bencana.

Menurut Boon Piow, nilai RM1.2 juta itu merupakan anggaran kasar berdasarkan jumlah yang dimaklumkan kepadanya serta mengikut nilai bantuan wang ihsan yang diagihkan.

“Mungkin akan bertambah (nilai kerugian) sebab ada kalangan mereka menyewakan rumah atau belum datang lagi melihat rumah mereka. Kita anggarkan nilai ini akan bertambah tetapi tidak akan mendadak,” katanya.

Katanya kejadian hampir sama pernah berlaku di DUN beliau empat tahun lalu, tetapi di Kampung Tawas dan Tasik Damai di kawasan.

Jelasnya terdapat beberapa rumah yang berusia hampir 50 tahun musnah akibat bencana tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN