Pemuda direman lima hari disyaki pukul nenek dengan tukul 

Pemuda direman lima hari disyaki pukul nenek dengan tukul 

SEORANG pemuda dibawa polis ke Mahkamah Majistret Dungun,Terengganu untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu  kes seorang warga emas yang juga neneknya dicederakan menggunakan tukul besi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan seorang pemuda ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kes seorang warga emas yang juga neneknya  dicederakan menggunakan tukul besi di Kampung Kuala Abang, dekat sini semalam. 

Perintah tahanan reman hingga Rabu ini terhadap lelaki berusia 25 tahun itu dibenarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman selepas mendapat permohonan daripada polis.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. 

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, lelaki itu ditahan selepas dipercayai memukul neneknya yang berusia 79 tahun hingga menyebabkan warga emas itu cedera parah di bahagian kepala kira-kira pukul 6.55 petang semalam. 

Lelaki yang mempunyai masalah kesihatan mental itu dikatakan bertindak agresif selepas naik berang kerana dilarang neneknya ketika dia mahu keluar dari rumah pada lewat petang. 

Polis turut menemukan sebatang tukul besi yang dipercayai digunakan lelaki itu dalam kejadian tersebut. 

Wanita warga emas yang cedera parah masih dirawat di Hospital Dungun, bagaimanapun keadaannya kini dilaporkan stabil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN