Pembinaan Masjid Warisan di hadapan TRX diteruskan

Pembinaan Masjid Warisan di hadapan TRX diteruskan

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembinaan Masjid Warisan di hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) akan diteruskan seperti yang dirancang meskipun terdapat pihak yang menggesa projek itu dibatalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, projek berkenaan merupakan perancangan yang telah lama dirangka dan akan dilaksanakan bagi memperkukuh peranan institusi masjid sebagai pusat keharmonian masyarakat.

“Kita akan teruskan kerana ini perancangan yang sudah lama dan insya-Allah kita berdoa supaya dapat melaksanakannya,” katanya semasa menyampaikan Amanat dan Watikah Pelantikan Anggota Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat Wilayah-Wilayah Persekutuan di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak yang mempunyai kebimbangan berhubung projek tersebut boleh mendapatkan penjelasan lanjut daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Sebelum ini, terdapat pihak didakwa menggesa pembinaan Masjid Warisan itu dibatalkan kerana dikatakan berpotensi menimbulkan ketidakharmonian dan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

Zulkifli berkata, pihak yang mempunyai kebimbangan berhubung pembinaan masjid itu boleh mendapatkan penjelasan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Terdahulu, Zulkifli menyampaikan surat pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah (AJK) Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan bagi sesi 2026 hingga 2029 di Masjid Al-Khadijah, Kampung Pantai Dalam.

Dalam majlis itu, beliau memaklumkan sebanyak 3,010 pencalonan bagi AJK Masjid dan Surau Jumaat diterima melibatkan 91 masjid serta 124 surau Jumaat di Wilayah Persekutuan bagi sesi 16 Jun 2026 hingga 15 Jun 2029.

Daripada jumlah tersebut, seramai 2,914 calon dipilih selepas menjalani proses tapisan keutuhan yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN