Pekerja penyelenggaraan maut selepas tersedut dalam tangki air

Pekerja penyelenggaraan maut selepas tersedut dalam tangki air

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pekerja penyelenggaraan ditemukan lemas selepas dipercayai tersedut ke dalam tangki air ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah kolam menara di Bandar Saujana Perdana di sini, semalam.

Lelaki berusia 24 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas tangki kolam menara sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba II Cik Hamdan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.51 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bersama sebuah jentera FRT dan lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Jentera tiba di lokasi pada pukul 12.17 tengah hari dan mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas tangki kolam menara ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

“Berdasarkan maklumat awal daripada pemanggil, mangsa dipercayai telah tersedut dan lemas di dalam tangki air berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya,, anggota bomba kemudian menjalankan kerja-kerja mengangkat dan menurunkan mangsa dari tangki tersebut.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN