Pasukan khas diwujudkan pantau isu 3R di PRN Johor, Negeri Sembilan-Fahmi Fadzil

Pasukan khas diwujudkan pantau isu 3R di PRN Johor, Negeri Sembilan-Fahmi Fadzil

FAHMI Fadzil semasa berucap pada majlis di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebuah pasukan khas akan diwujudkan bagi menjalankan pemantauan terhadap penyebaran kandungan berunsur 3R (agama, kaum dan raja) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, selain itu kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus memperkukuh dalam membendung perkara tersebut.

Katanya, kerjasama erat antara ketiga-tiga agensi sudah lama dilaksanakan bagi memastikan perjalanan pilihan raya berlangsung dalam keadaan terkawal dan mematuhi undang-undang.

“Sebarang kandungan berunsur 3R yang disebarkan menerusi media sosial termasuk siaran langsung atau rakaman video boleh dikenakan tindakan sekiranya menerima aduan dan didapati melanggar peruntukan undang-undang.

“Sekiranya isu berkenaan berlaku secara fizikal, tindakan boleh diambil oleh pihak PDRM atau SPR mengikut bidang kuasa masing-masing terutama sepanjang tempoh kempen pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Bagi Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memberitahu, semua parti-parti yang bertanding dinasihatkan supaya mengamalkan budaya politik matang dan berkempen secara sihat tanpa menyentuh isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN