Pahang catat GPS tertinggi STPM sejarah negeri

Pahang catat GPS tertinggi STPM sejarah negeri

YUSOF Kassim (tengah) menunjukkan rumusan pencapaian  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 Negeri Pahang di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), Kuantan. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Prestasi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Pahang mencatat sejarah tersendiri apabila negeri ini merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi sejak pelaksanaan sistem pentaksiran semasa dengan pencapaian 3.09 berbanding 3.02 pada tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Pahang, Yusof Kassim berkata, pencapaian itu membuktikan mutu pendidikan tingkatan enam di negeri ini terus meningkat meskipun jumlah calon yang menduduki peperiksaan berkurangan berbanding tahun lalu.

Kata beliau, seramai 1,903 calon sekolah kerajaan mendaftar untuk menduduki STPM 2025 berbanding 2,089 calon pada 2024, namun prestasi keseluruhan menunjukkan peningkatan yang membanggakan.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,803 calon hadir menduduki peperiksaan dengan kadar kehadiran 94.75 peratus,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2025 Pahang di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 1,797 calon atau 99.67 peratus memperoleh lulus penuh iaitu sekurang-kurangnya satu mata pelajaran lulus penuh manakala 1,583 calon atau 87.79 peratus berjaya lulus penuh dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Menurutnya, pencapaian calon turut menunjukkan peningkatan dari segi kualiti apabila seramai 1,059 calon atau 58.74 peratus memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 berbanding 55.90 peratus pada tahun sebelumnya.

“Lebih membanggakan, seramai 98 calon memperoleh PNGK 4.00 atau 5.45 peratus berbanding hanya 82 calon atau 4.01 peratus pada tahun 2024,” ujarnya.

Dalam aspek mata pelajaran, katanya, empat subjek mencatatkan 100 peratus lulus penuh iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Matematik M, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Beliau berkata, sebanyak 12 daripada 21 mata pelajaran yang ditawarkan menunjukkan peningkatan prestasi lulus penuh, sekali gus menggambarkan keberkesanan usaha berterusan meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar tingkatan enam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN